Sunday, 6 April 2014
Galeri Foto Persidangan Dewan Undangan Negeri
Posted by Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan (MMK) at 19:52 0 comments
Monday, 17 March 2014
Objektif MMK
OBJEKTIF MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN :
- Memastikan pemprosesan dokumen di laksanakan dengan tepat dan cepat .
- Menjamin pengurusan dan perkhidmatan berkualiti yang berteraskan sikap profesionalisme dan informatik .
- Memberikan perkhidmatan yang progresif dan efisen dalam semua urusan.
- Memastikan kerahsiaan serta keselamatan dokumen dan maklumat terjamin.
- Memastikan kredibiliti sentiasa dipelihara semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
- Menyediakan kertas kerja, agenda dan minit - minit Persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan sebelum,semasa dan selepas mesyuarat ( Post Exco Meeting)
- Menyelia dan menguruskan urusan perlantikan Ahli Jemaah Pengampunan Negeri .
- Menguruskan urusan penwartaan dan dokumentasi keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan.
- Menguruskan urusan peruntukan kewangan dan kebajikan AMMK dalam semua aspek yang berkaitan .
- Pentadbiran yang cekap dan cemerlang .
- Perkhidmatan yang bertaqwa , muhibbah dan penuh kemesraan.
- Menyelenggarakan rekod dan dokumen kerajaan dengan selamat , jujur dan kemaskini.
- Pengelolaan Persidangan dengan teratur dan berkesan.
- Melaksanakan keputusan kerajaan dan tindakan susulan dengan segera dan bertanggungjawab.
Posted by Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan (MMK) at 18:25 0 comments
Tuesday, 11 March 2014
Pengenalan
Bahagian Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) mengandungi Unit Urusetia AMMK,Unit Khidmat Pengurusan,Unit Dewan Negeri dan Unit Teknologi Maklumat . Bahagian ini ditempatkan di Blok 1 Kota Darulnaim bersama Pejabat YAB Menteri Besar dan YB Timbalan Menteri Besar . Bahagian MMK sebenarnya telah diberi fungsi besar berkaitan kecekapan bahagian ini sering kali dinilai mengenai sejauh mana kebijaksanaan dan keberkesanan dasar - dasar yang diwujudkan untuk kepentingan dan kehendak rakyat Negeri Kelantan . Disamping itu juga bahagian ini merupakan satu kompenen terpenting dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dimana ia dipertanggungjawabkan mengurus Persidangan Dewan Undangan Negeri dan segala urusan berkaitan Ahli - Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan .
Posted by Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan (MMK) at 17:33 0 comments