BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 17 March 2014

Carta Organisasi

AHLI  MAJLIS  MESYUARAT  KERAJAAN



Objektif MMK

OBJEKTIF  MAJLIS  MESYUARAT  KERAJAAN :

  • Memastikan pemprosesan dokumen di laksanakan dengan tepat dan cepat .
  • Menjamin pengurusan dan perkhidmatan berkualiti yang berteraskan sikap profesionalisme dan informatik .
  • Memberikan perkhidmatan yang progresif dan efisen dalam semua urusan.
  • Memastikan kerahsiaan serta keselamatan dokumen dan maklumat terjamin.
  • Memastikan kredibiliti sentiasa dipelihara semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
  • Menyediakan kertas kerja, agenda dan minit - minit Persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan sebelum,semasa dan selepas mesyuarat ( Post Exco Meeting)
  • Menyelia dan menguruskan urusan perlantikan Ahli Jemaah Pengampunan Negeri .
  • Menguruskan urusan penwartaan dan dokumentasi keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan.
  • Menguruskan urusan peruntukan kewangan dan kebajikan AMMK dalam semua aspek yang berkaitan .

OBJEKTIF  DEWAN  NEGERI  KELANTAN :

  • Pentadbiran yang cekap dan cemerlang .
  • Perkhidmatan yang bertaqwa , muhibbah dan penuh kemesraan.
  • Menyelenggarakan rekod dan dokumen kerajaan dengan selamat , jujur dan kemaskini.
  • Pengelolaan Persidangan dengan teratur dan berkesan.
  • Melaksanakan keputusan kerajaan dan tindakan susulan dengan segera dan bertanggungjawab.

Tuesday, 11 March 2014

Pengenalan

Bahagian Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) mengandungi Unit Urusetia AMMK,Unit Khidmat Pengurusan,Unit Dewan Negeri dan Unit Teknologi Maklumat . Bahagian ini ditempatkan di  Blok 1 Kota Darulnaim bersama Pejabat YAB Menteri Besar dan YB Timbalan Menteri Besar . Bahagian MMK sebenarnya telah diberi fungsi besar berkaitan kecekapan bahagian ini sering kali dinilai mengenai sejauh mana kebijaksanaan dan keberkesanan dasar - dasar yang diwujudkan untuk kepentingan dan kehendak rakyat Negeri Kelantan . Disamping itu juga bahagian ini merupakan satu kompenen terpenting dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan dimana ia dipertanggungjawabkan mengurus Persidangan Dewan Undangan Negeri dan segala urusan berkaitan Ahli - Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan .